June 13th, 2008 by nisajay
Sebenarnya dah lama aku nak berhijrah dari blog fs ni ke wp sbb kat fs ni punya laa bosan nak memblog. Cam menulis dlm buku karangan darjah 6. Err… lama dah aku register wp tu tapi tak jugak officially berpindah sbb sayang plak rasanyer nak meninggalkan fs ni walaupun dier tak best. Bak kata pepatah, diari lama lagi dikenang, inikan pula blog pertama. huhuhu… Tapi, memandangkan petrol pun dah naik harga, maka aku pun kena buat perubahan jugak…. So, sesapa yang sudi nak melawat blog baruku itu, silalah ke sini…. http://nisajay11.wordpress.com
Keih…
Adios amigos challosss…
Posted in W.H.A.T.Z-U.P??? | No Comments »
June 8th, 2008 by nisajay
Haruskah
Aku teruskan
Jika jauh di sudut hati
Aku tidak lagi pasti
Dengan perasaan bagaimanakah
Yang harus ku rasai
Haruskah
Aku biarkan saja
Segala apa macam rasa
Yang masih tersisa
Dengan hanya berharap
Segalanya akan kembali
Seperti yang seharusnya
Tanpa harus aku
Pening kepala memikirkannya
Haruskah
Aku putuskan saja
Apa jua rasa yang ada
Dan ikatan yang
Tidak tahu ke mana
Hala tujunya
Agar aku
Tak perlu lagi
Rasa terseksa……..
Haruskah………?????
Posted in INSIDE ME | No Comments »
May 5th, 2008 by nisajay
Sebagai makhluk tuhan yang paling tak berapa nak seksi lagi pelupa, aku selalu hadapi beberapa isu dengan alam pengkomputeran dan segala macam benda dan aplikasi dan website dan yg seangkatan dengannyer…
1) Pantang ada website yg aku rasa best, mesti sibuk nak register jadik member. Dah ngada2 register, tak selalu plak log in. Dah jarang2 log in, biler time ngada2 nak log in… lupa laa plak username & passwordnyer… Bila dah lupa, kena laa plak letak e-mail address nak retrieve.. Dasar ngada2!
2) Buat masa ini, aku hanya boleh guna PC dan juga internet dari opis jerrr setelah laptop aku dicurik pencurik jahanam. !#$%^&*()^&*()_+ qrstwwwwfcku+_)(*&^%!~! punya pencurik! O… yerr.. kadang2 aku tumpang jer kat mana yg sempat. Contohnyer, kat rumah nina.. rumah abg aku… rumah mak cik aku.. dan tak lupa juga, rumah dura.. (err.. ada ker??) Dasar penumpang!
3) Lawatan website ini biasanyer bermusim. Sekarang ni laman rasmi yg aku akan masuk setiap kali mentenet ialah a) Facebook - nak main farmwar b) Facebook - nak main parking war c) Facebook - nak tambah penduduk kat My city d) Friendster - agak2 laa.. e) Staffportal - sbb ada link nak bukak system2 eg. e-leave, css, etc.. f) imeem - nak dgr lagu secara berterusan dengan percuma g) Jobstreet - hampehh tak dapat2 lagi keje nyer… h) JobsDB - sama laa jugak dgn yg ini.. i) Youtube - Nak tgk klip video j) Mysoju - Nak tgk citer Korea secara online k) TV3 - Nak tgk sindarela (bosan ahhh citer nih skrg…) Dasar …. dasar apa ek?
Err… dah jam 11 laa.. Aku harus pulang. Lenkali aku sambung laa (kalau RAJIN).
Posted in W.H.A.T.E.V.E.R | No Comments »
April 13th, 2008 by nisajay
Yeah people.. i am still here. Sitting alone stupidly in at this cold office. What i am doing here? Arghhh… keje laa.. idiot! -> Idiot people who come to work, doing nothing (nothing than surfing the net), alone… on Sunday NIGHT (tomorrow is Monday!) = IT IS ME!!!
Talk about keje… I am totally can’t stand it anymore but at the same time, i also dunno & not sure what should I do with it. Suck! I can’t decide anything at the moment…
What kind of life I live in right now?
Uncertainty………..
Posted in W.H.A.T.Z-U.P??? | No Comments »
February 17th, 2008 by nisajay
semakin jauh aku melangkah
terasa lelah semakin mendesah
nak ku terus ku rasa susah
nak ku henti ku rasa payah
hidup… tak pernah mengajar erti asa
apatah lagi patah secara tiba2
namun bila hati tak lagi upaya
haruskah akal menurut saja…
Harus bagaimana………?????
Posted in INSIDE ME | No Comments »
February 7th, 2008 by nisajay
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
Ada 2 sebab naper aku pinjam lirik lagu ni kat blog.
1) Untuk Arwah Mak Long aku yang meninggal dunia hari ni. Walaupun aku tak berapa rapat sangat dengan dia, tapi sesekali bila berjumpa… dia adalah seseorang yang mampu buat aku ‘touching’. Dan aku rasa aku adalah seorang anak saudara yang tidak berapa prihatin sebab aku tak pernah visit dia kat spital. Dan sekarang, bila dia sudah tiada pun, aku tetap tak mampu menziarahi jenazahnya. Alasan : Aku terpaksa KERJA. Yerr.. aku rasa useless, insensetive and guilty. Buat aku terfikir… macam mana agaknya bila aku pula yang berada di tempatnya nanti. Macam mana agaknya bila nanti aku sudah tiada. Buat Mak Long, semoga rohmu dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman. Amin….
2) Untuk mereka yang aku kenali di sini. Yerr.. aku mungkin akan pergi. Walaupun aku tak tahu bila tapi aku harapkan keajaiban akan berlaku dalam waktu2 terdekat ini. Semoga Allah membuka pintu rezeki aku di tempat lain. Dan… bila aku betul2 dah tiada di sini lagi nanti, lupakanlah saja aku…..
Posted in E.M.O.T.I.O.N | No Comments »
January 23rd, 2008 by nisajay
Ci…. cakman punya driver. Entah BANGANG tahap berapa pun aku tak tahu laa… Ada ke kat simpang pun nak hon2 aku. Aku memang nak keluar laa ni.. tapi takkan laa lori 10 tan tengah lalu pun aku nak keluar jugak? tahu eja perkataan SABAR tak? BANGANG tahap cipan peringkat 8 ratus ribu 8 puluh 8 ratus juta ratus!!
Tapi, biler dier hon tu, aku buat selamba cipan. Walaupun kete dah tak de, aku tak keluar2 jugak simpang tu. Hahaha.. padan muka ko! Pastu biler dia dah berjaya melepaskan diri dr simpang tu, dia cuba tunjuk skill pemanduan kurang hajau dia kat aku. Cilok sana, cilok sini.. Macam dia sorang jer yang bayar cukai jalan. Elehh.. ingat aku heran ker? PIGIDAHHH!!! Kalau berani jom racing laa.. Aku hari2 dah practice kat ’street race’. Sila rujuk statistik di bawah..
Driver Stats
Name: NJ Knight
Skillz: 767
Win/Loss: 1047 - 486
Cash: $24693
1047 kali tau aku menang… =p
Posted in C.R.A.P.S | No Comments »
January 14th, 2008 by nisajay
Sequel daripada "Berita Tergempar" tahun lepas.
Kedai Mak Cik Mahal tu dah dibuka kembali.
Lokasi : Tepi jalan. Lebih kurang 500 meter dari Lokasi asal.
Status pegangan hak milik : Nampak cam menceroboh hak milik kerajaan Malaysia jerr.. (Dasar tak nak keluar duit lebih nak bukak kedai yang sepatutnyer. Harga mahal plak tu. Pelik bila aku pikirkan)
Rekabentuk Kedai : Warung pacak2 pasang siap.
Objektif pendedahan : Ketidakpuasan hati terhadap harga makanan yang dikenakan - Bukan nak musnahkan periuk nasik org, eh… (Sori.. aku bukan pendengki)
Harapan : Allo mak cik.. Sendiri mau ingat laa….
Posted in W.H.A.T.Z-U.P??? | No Comments »
January 7th, 2008 by nisajay
Sequel daripada tragedi lambat clock in semalam.
Lepas balik keje, aku terus tido. Lebih kurang pukul 5.30pm. Memang tak ingat hapa dah. Yang aku ingat, bangun dlm pukul 7 ke 8 ntah. Jawab call nina, then tido balik. Pastu tersedar dalam kul 9 lebih kot, then tido balik. Pastu lebih kurang kul 5 pagi, terjaga. Sambung jugak tido balik sbb aku fikir aku dah kunci jam kul 6.06am. And pastu…. 7.11pagi!!!!!
Walaweeii… aku masuk kul 8am tau hari ni. Gilerrr!!! Dan tanpa berlengah lagi, aku pun terus… BERTUKARRRRR!!
(FYI, Proses penukaran ini termasuk mandi jugak tau!)
Sampai opis lebih kurang kul 8.30am. The worst part is boss dah sampai dulu (semalam, walaupun lambat.. aku berjaya jugak sampai dulu)
Cisss.. kantoi plak hari ni!
Posted in W.O.R.K | No Comments »
January 6th, 2008 by nisajay
Pagi nih lambat lagi clock in. Dasar pelambat! Since aku dah addicted, aku nak jugak abihkan tengok Princess Hour. Hasilnya, sempat tido lebih kurang sejam jerr. Ermm.. otak pun tak abih download lagi nih. Nasib baik aku berjaya sampai office. Kot tak maybe korang kena visit aku kat spital sbb memandu dlm keadaan fikiran yang kosong dan separuh sedar…
Tapi… entah kenapa… aku rasa sedih pulak bila dah tengok sampai abih. Ada satu macam perasaan yg pelik. Nak kata tak suka ending dia, biasa jerr.. typical series. Happy ending. Nak kata tak boleh tengok dah lepas ni, bebila jer pun boleh sebab itu dvd aku yang punya. Arghh… hate this kind of feeling!
p/s : For those who never know, the gal in white dress is Yoon Eun Hye.
Posted in E.M.O.T.I.O.N | No Comments »